Followers

Monday, June 20, 2011

Chocolate Mud Cake

hallu bloggers!
korang sambut tak Hari Bapa dengan bapa korang?
Eppoe tak sambut pon.
tapi sempena dengan Father's Day ni, Eppoe nak kongsi satu resipi kek yang sangat mudah.
Asalnya ni kek Coklat Moist. Tapi Eppoe ubah jadi Chocolate Mud sebab kali ni Eppoe buat topping menggunakan Ganache.
jom kita tengok bahan-bahan kek ni.

Bahan-bahan:
(A)
250 gm serbuk koko
125 ml air
125 ml susu cair/segar
150 gm gula

(B)
350gm gula
250 gm butter
250 gm Tepung gandum
2 sudu teh baking powder
6 biji telur.

Ganache
250 ml heavy cream
500gm cooking chocolate
30gm butter

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan A di dalam periuk dengan api yang perlahan.
  2. kacau sehingga larut, kemudian sejukkan.
  3. Untuk bahan B, pukul gula dengan butter sehingga kembang (creaming method)
  4. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
  5. tepung gandum di ayak bersama dengan baking powder.
  6. Selepas itu, masukkan adunan bahan A ke dalam bahan B.
  7. kacau sehingga sebati. seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  8. bakar di dalam oven sehingga masak.


Ganache:
panaskan heavy cream di dalam periuk.
pabila mendidih, cepat-cepat masukkan coklat dan butter.
kacau sehingga coklat cair.
biarkan adunan sejuk..
p/s: bila ganache ni sejuk, kita boleh paip kat atas kek..mcm aising.




Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. kalau asip buat ganache topping ni.. susu tu just suamkan.. tak mendidih.. then cairkan coklat dan mentega pakai dabel boil.. tuang susu sket2 then kacau sampai dia likat.. biar room temp.. nanti dia pejal sket.. baru pakai pipebag..

    ReplyDelete
  2. asip: ye ke? ok x cara tu? mesti lg senang kan? nanti eppoe nak try jugak lah! tengs!

    ReplyDelete