Followers

Showing posts with label cheesecake. Show all posts
Showing posts with label cheesecake. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Upin Ipin Blueberry Cheesecake~

hallu bloggers!
lama betul eppoe tak update blog.
maklumlah..busy sikit..baru dapat keje baru kat Jabatan Perangkaan Ipoh.
Hari ni, 12 Julai 2011, hari lahir anak buah eppoe, Akif Zikri.
jadi hari ni eppoe pon buat la kek besday spesel untuk die.

p/s: ni first time eppoe buat blueberry cheesecake.
Alhamdulillah..menjadi jugak~
final touch, eppoe letak gambar Upin Ipin, kartun kegemaran Akif.
huuhuhu


Padat dengan cheese

Geng Upin Ipin!

Friday, November 19, 2010

Cheesecake lagi dan lagi

hallu bloggers!
hari ni dengan rajin nya eppoe buat ciskek.
ciskek ni siap pukul 11.30pm tadi.
PANAS LAGII!

tujuan?
bukan suka-suka, tapi sebab ayah din dan family nak datang esok, jadi apa salahnya kalau eppoe hidang kek ni. ye dak?

hari tu, eppoe penah buat ciskek kat umah ayah din, tapi x menjadi! Malu giler. huhuh. tatau kenapa. resipi dah sama.. maybe sebab oven lain kot..

ni antara gambar yang eppoe sempat amik tadi.


bahan-bahan.. comel x lembu tu? hahaha


biskut oreo sebagai based









dah kene ngap~

Friday, February 19, 2010

marble cheesecake






marble cheesecake ni buat untuk makan2 saje..
first time buat ni..

Thursday, February 18, 2010

oReo Cheesecake

ade crack sikit..




ordered by Mr. Onyen.

Tuesday, December 29, 2009

Resipe Cheesecake~

okay.
kepada sape2 yang berminat nak cuba resipe cheesecake ni, boleh la amik pen dan kertas, salin. heheehhe


Base:
200 gm biskut oreo
100 gm melted butter

1.blend biskut smpai hancur.
2. gaulkan dengan melted butter.
3. tekapkan biskut yang hancur tadi di dalam acuan kek sehingga padat.
4. simpan acuan di dalam peti sejuk supaya biskut tadi menjadi padat dan keras.

Ingredients:

200 ml heavy cream
120 gm castor sugar
6 # egg yolks
60 gm corn flour
60 gm butter
500 gm cream cheese (Philadelphia lagi sedap)
6 # egg whites
sedikit vanilla esen.

Method:
1. pukul egg whites sampai kembang. (juga dikenali sebagai meringue). Simpan di dalam peti sejuk.
2. beat butter and suggar until fluffy.
3. add in the cream cheese.
4. masukkan egg yolks satu persatu. diikuti dengan esen vanila, heavy cream.
5. masukkan tepung jagung. kacau sehingga sebati.
6. Keluarkan meringue dari peti sejuk. gaulkan bersama dengan adunan kek tadi.
(gaul dengan perlahan2 supaya udara di dalam meringue tidak terkeluar)
7. tuangkan ke dalam acuan.
8. bakar dengan menggunakan teknik steam bake* dengan suhu 180 darjah selsius selama 45 minit.

*steam bake: acuan kek di lapik di dalam dulang yang mengandungi air.

Sunday, December 27, 2009

#2 Meniaga

Hari ni, Iha tempah cheesecake ngan aku..
uhuhuhu


cheesecake dalam proses

lebihan adunan, aku tuang dlm cup kecik ni..atas tu letak skeping oreo.

yang ni lak, based die ade oreo sketul kt bawah..

Ni la kek yang Iha order tu~

Cake yang siap di bungkus~