Followers

Friday, December 17, 2010

kuih lapis dari perantauan

hallu bloggers!
lama dah tak update blog ni.
sekarang eppoe tengah cuti 5 hari!
yeay!

alang-alang cuti, tangan eppoe ni gatal nak masak.
setiba di rumah semalam, eppoe buat kuih lapis untuk anak buah eppoe.
senang je resipi ni.

bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (eppoe kurangkan sikit sebab tak nak manis sangat)
  • 1 sudu teh garam
  • secawan santan pekat
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 3 cawan air 
cara-cara:
campurkan kesemua bahan sehingga sebati.
bahagikan kepada 4 bahagian.
campurkan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan putih.
panaskan periuk pengukus.
oleskan sedikit minyak di dalam loyang.
paanskan loyang seketika di dalam pengukus.
kemudian, ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalam loyang.
biarkan selama 2-3 minit.
ulang sehingga habis.

inilah hasilnya!!!
mak cakap, kuih ni lembik! huhuhu

kuih lapis ni lembik cikit.. uhhuhuh

Saturday, December 04, 2010

Recipe Egg Tart KFC~

hallu blogger!

seperti yang telah dijanjikan~ ini dia resipi egg tart portugis yang KFC jual tu..
sangat mudah dan senang! orang bujang pon boleh buat tau!

bahan-bahan:

eggs 220ml
fresh milk 200ml
heavy cream 500ml
sugar 160gm
Frozen puff pasty (untuk shell case tart)

1. mula-mula, kita sediakan shell case untuk tart tu.. Biasa nya frozen puff pastry ni memang ada jual kat pasaraya yang TERKEMUKA seperti TESCO, GIANT, CARREOUR dan sebagainya. Uli puff pastry tu sehingga leper, kemudian tekap menggunakan acuan egg tart..

contoh egg tart case

2. Campurkan kesemua bahan-bahan (telur, susu, cream, gula).
pastikan adunan sebati.

3. panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius.
4. tuangkan adunan ke dalam acuan tadi. jangan terlalu penuh..takut melimpah ruah plak~
5. bakar adunan selama 15-20 minit.

resipi ni boleh buat dalam 28 keping tart!

selamat mencuba~


fresh from oven KFC!!! haahah

Friday, December 03, 2010

Tart Telur Portugis

hallu bloggers!!!

mahu resipi tart telur Portugis KFC?

nantikan kemunculannya!!!

p/s: ari tu dah salin resipi tu kat tempat keje, pastu simpan dalam poket.. Sekali masuk dalam washing machine.. memang hancur la kertas tu. so, terpaksa la salin balik.. hahaahah