Followers

Sunday, November 21, 2010

Tiramisu for my Brother's Engagement

hallu bloggers!

eppoe busy giler 2-3 hari.
maklumlah..abang eppoe nak bertunang..banyak la keje nak kene siapkan.

Mula-mula eppoe ingat nak buat cupcakes, pastu mak eppoe suh buah Tiramisu plak.
so, eppoe ikut je la.

TAdaa!!
Tiramisu..su..su...



Friday, November 19, 2010

Cheesecake lagi dan lagi

hallu bloggers!
hari ni dengan rajin nya eppoe buat ciskek.
ciskek ni siap pukul 11.30pm tadi.
PANAS LAGII!

tujuan?
bukan suka-suka, tapi sebab ayah din dan family nak datang esok, jadi apa salahnya kalau eppoe hidang kek ni. ye dak?

hari tu, eppoe penah buat ciskek kat umah ayah din, tapi x menjadi! Malu giler. huhuh. tatau kenapa. resipi dah sama.. maybe sebab oven lain kot..

ni antara gambar yang eppoe sempat amik tadi.


bahan-bahan.. comel x lembu tu? hahaha


biskut oreo sebagai based









dah kene ngap~

Thursday, November 18, 2010

Ketupat Pulut Dakap

baru teringat. entry sebelum ni eppoe ada cite pasal ketupat pulut dakap kan?
stelah godek-godek photo dalam laptop ni, akhirnya jumpe jugak.

gambar ketupat ni diambil waktu raya aidilfitri yang lepas.
kepada asip , ni la ketupat tu!!





pulut yang tengah "BERDAKAP" dengan tali..huuhhuh

Pulut Lepa

hallu bloggers!

semalam eppoe dah balik kampung ayah kat pasir puteh. hari ni, eppoe balik kampung mak plak kt machang (still in kelantan). masa on the way balik sana, pemandu jalanan bawak kete macam HARAM. haduiyai..teruk betul..

setiba kat kampung, singgah umah Pak Muda. Naik-naik je nampak ketupat daun palas! oh. sedap nye! pastu eppoe meluru ke dapur lak. heheeh. Mak Muda hidang mee goreng. pastu kebetulan die tengah buat pulut lepa. Lama gile tak makan!!

ekeceli, pulut lepa ni sama je dengan pulut panggang. cuma kami kat klantan je panggil dengan nama ni. ehehee. Mak Muda bungkus pastu bakar atas dapur. Hidang panas-panas! tercapai jugak nak makan pulut lepa ni.

pastu singgah umah Wan dengan Mek plak. Tengok atas meja, ada pulak ketupat pulut dakap! REzeki! tapi ketupat dakap tu eppoe tak sempat nak snap gambar sebab nampak-nampak je terus masuk mulut! hehehe


BURGERmbira

mode: layan AMERICA's NEXT TOP MODEL SEASON 14..

tiba-tiba eppoe rasa lapar malam-malam ni.
jengah ke dapur, bukak peti ais.
ada daging burger.
cun!
apa lagi.
panaskan pan, masak daging burger.
potong tomato, bawang, salad.
taruk sos cili, sos black pepper dan mayonis.

Sedap kot.
ehhehe.
burger orang bujang. simple je.
sila la jamu mata~ \(^,^)/




Wednesday, November 17, 2010

Hati Goreng Kicap

hehehe.
sempena Hari Raya Aidiladha ni, eppoe dapat banyak daging korban. Selain daging, eppoe suke makan hati lembu. memang faveret!
musim-musim raya haji best makan daging sebab daging tu fresh je.. buat steak pon sedap.

Hati Goreng Kicap

Hati lembu potong kecil-kecil
kunyit hidup
bawang merah
bawang besar
bawang putih
cili merah
sos tiram
kicap manis
sos cili
sos tomato
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Gaul hati lembu dengan kunyit dan garam.
masakkan di atas kuali sehingga air hati kering.
masukkan minyak, bawang dan cili merah. tumis sehingga naik bau.
campurkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
goreng sehingga masak.
sedia untuk di nikmati!

Tuesday, November 16, 2010

Roti Jala

hallu~
esok nak raya aidiladha. hari ni mak eppoe buat roti jala cicah dengan kuzi ayam.
sangat sedap! tapi eppoe x berkesempatan nak berguru dengan mak untuk blajar buat kuzi ayam. kuzi ayam versi kelantan ni agak leceh sikit..pastu rempah die tak sama dengan tempat lain. uhuhhu.. petang tadi, bukan main susah lagi nak menjala roti jala tu. maklumla..bukan nye selalu buat. hahaha. macam-macam bentuk jadi! daripada jala, jadi lempeng pun ada! hiihhihi





SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA TO ALL BLOGGERS!

Orange Butter Cake

butter cake ni faveret eppoe. suke sangat makan! lagipun senang nak buat. ari tu godek2 kt google. terjumpa la satu resipi ni. senang je nak buat. sebelum ni, eppoe guna 4 biji telur untuk buat butter cake. tapi resipi yang ni guna 3 biji telur je. hehe. jimat dah!

Resipi nya:

175 gm butter
200 gm castor sugar
1 tsp orange zest
3 eggs
250 gm self raising flour

combine:
125 ml fresh milk
1 tsp orange juice
vanilla essence

method:
cream the butter and castor sugar until fluffy.
add in the orange zest and eggs.
then, add in the milk and other ingredients.
let it well combined.
lastly, add in the flour.
baked in the oven around 40-50 minutes until well cooked!