Followers

Thursday, June 28, 2012

My 1st Rainbow Cake

Hallu bloggers!
Alhamdulillah.
Tiba-tiba dapat tempahan untuk buat Rainbow Cake dari kawan lama eppoe, Mimi.
Mula-mula macam tak yakin nak amik tempahan sebab Eppoe TAK PERNAH buat kek ni. >.<
Tapi disebabkan kawan nak jugak sempena birthday mak dia, so Eppoe terima je la.
Resipi kek ni ada banyak kat Internet.
Macam-macam version kita boleh jumpa.
tapi Eppoe try amik yang senang dan mudah nak buat.
Kalo korang nak try, boleh tengok kat blog ---> Cik Wanie
Ada sikit resipi ni Eppoe ubah sikit. Eg: kuantiti gula. Eppoe kurangkan kepada 1 cawan saja sebab takut terlalu manis.

Untuk filling, Eppoe guna Cream Cheese Filling.
Sama macam nak buat kek Red Velvet je.
Deco plak, lepas layer ngan cream cheese, eppoe cover kek ni guna Fresh Cream.
Then hias dengan Fondant.
Senang dan mudah!

Oh ya!
Yang tak boleh blah nye,masa nak bakar, Eppoe baru perasan kat umah ni ada satu je loyang saiz 7 inci.
Memang "MASAK" laa nak bakar kek ni 6 kali!
GIGIH SANGAT!
haahahaha
Nasib baik setiap adunan ambik masa dalam 15 minit je.

Papepun, Tengs to Mimi kerana memberi sepenuh kepercayaan kat Eppoe.
Jom kita Usha PADAT skettt tengok gambar kek eppoe~


setiap layer dilapisi dengan Cream Cheese

Pandangan Atas

Pandangan Sisi

ENjoy your Cake!

2 comments:

  1. wah wah wah! comam! pahni buat ruolade plok!

    ReplyDelete
  2. tq sis!
    Roulade? hadoiii.. perlukan sepenuh perhatian nk buat tuuuu.
    insyaAllah one dayyy nanti. huuu

    ReplyDelete