Followers

Wednesday, June 15, 2011

Pengat Pisang di Tengahari

Hallu bloggers~
Tengahari tadi makan nasi lauk ape?
Eppoe makan nasi bungkus pagi waktu tengahari.. ala-ala BRUNCH.
psstt: padahal bangun lambat. huhuuhuh

lebih kurang pukul 1.00pm, mak cakap nak buat pengat pisang. ada jiran sebelah bagi pisang..
mula-mula mak Eppoe masak santan dengan pisang tu.
pastu dia masukkan sekeping GULA MELAKA yang sangat BESAR.
ape lagi, TERLEBIH manis la pengat tu.
jadi, Eppoe keluarkan dulu pisang tu sebab takut terlebih masak dalam periuk tu, nanti jadi lembik plak.
campurkan santan dan air..
pada masa yang sama, Eppoe rebus sagu.. pastu campur sekali dalam pengat.


P/s: eppoe sangat suka letak sagu dalam pengat. nampak cantik!

Monday, June 13, 2011

Apam Polka Dot

Hallu Bloggers!
lama x update blog ni yang penuh dengan sesawang.
semalam eppoe google cari resipi apam.. last-last jumpa la resipi yang paling senang nak buat..

Bahan-bahan:
3 biji telur
280 gm tepung
200 gm gula
3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh ovalette
150 ml susu cair

Cara-cara:

  1. Pukul telur dengan gula sehingga hancur.
  2. campurkan kesemua bahan-bahan yang lain.
  3. adunkan sehingga kembang.
  4. masukkan ke dalam papercup. (eppoe guna piping bag)
  5. kukus selama 10-15 minit.
  6. sedia untuk di makan!!!

SMILE!

Monday, June 06, 2011

Kuih Koci daun pandan~

hallu bloggers! lama dah tak update blog ni.
sekarang ni eppoe tengah sibuk jaga anak buah kat rumah kakak.
tangan ni dah lama tak buat kekk dan kuih..
hari ini dengan rajin nya terasa nak buat kuih koci.
tapi takde daun pisang.. pegi depan umah, nampak pokok pandan.
ehehe.
dapat idea..balut kuih koci dengan daun pandan..
hasilnya?
Memuaskan!
acuan kuih tako.. heehe

inti kacang hijau yang sudah dimasak dengan gula

tepung pulut, santan, sdkit garam, pewarna

letak inti kat dalam, gentel bulat2

sedia untuk dikukus!

over eksaited..api kuat sangat, ni la padahnya! hahaa

yang ni baru CUN!

Saturday, May 21, 2011

Cake Fondant~

hallu bloggers!
last week eppoe dengan auntie eppoe pegi class belajar buat Cake Fondant bersama Chef Asmah. SAngat best dan seronok!!! dalam kelas tu ada 7 orang pelajar sahaja. dan Chef Asmah sangat baik dan peramah. sepanjang sesi kelas tu, banyak info dan input eppoe dapat!









with Chef Asmah and candidates!

Wednesday, May 11, 2011

Karipap Baiduri

hallu bloggers!
dah lama eppoe tak update blog ni.
agak busy dengan final exam.
hari tu, eppoe dan kawan-kawan serumah buat karipap sebagai minum petang.
resipi?
kitorang main letak je..sampai la jadi bentuk karipap.
heehhe

inti daging dengan kentang

uli bulat-bulat

roll atas dulang (gaya orang bujang)

masukkan inti dalam doh

kepit guna acuan

lepas kepit, kelim guna jari supaya doh x terbuka



goreng sehingga masak

sedia untuk dihidang sebagai minum petang!

Friday, December 17, 2010

kuih lapis dari perantauan

hallu bloggers!
lama dah tak update blog ni.
sekarang eppoe tengah cuti 5 hari!
yeay!

alang-alang cuti, tangan eppoe ni gatal nak masak.
setiba di rumah semalam, eppoe buat kuih lapis untuk anak buah eppoe.
senang je resipi ni.

bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (eppoe kurangkan sikit sebab tak nak manis sangat)
  • 1 sudu teh garam
  • secawan santan pekat
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 3 cawan air 
cara-cara:
campurkan kesemua bahan sehingga sebati.
bahagikan kepada 4 bahagian.
campurkan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan putih.
panaskan periuk pengukus.
oleskan sedikit minyak di dalam loyang.
paanskan loyang seketika di dalam pengukus.
kemudian, ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalam loyang.
biarkan selama 2-3 minit.
ulang sehingga habis.

inilah hasilnya!!!
mak cakap, kuih ni lembik! huhuhu

kuih lapis ni lembik cikit.. uhhuhuh

Saturday, December 04, 2010

Recipe Egg Tart KFC~

hallu blogger!

seperti yang telah dijanjikan~ ini dia resipi egg tart portugis yang KFC jual tu..
sangat mudah dan senang! orang bujang pon boleh buat tau!

bahan-bahan:

eggs 220ml
fresh milk 200ml
heavy cream 500ml
sugar 160gm
Frozen puff pasty (untuk shell case tart)

1. mula-mula, kita sediakan shell case untuk tart tu.. Biasa nya frozen puff pastry ni memang ada jual kat pasaraya yang TERKEMUKA seperti TESCO, GIANT, CARREOUR dan sebagainya. Uli puff pastry tu sehingga leper, kemudian tekap menggunakan acuan egg tart..

contoh egg tart case

2. Campurkan kesemua bahan-bahan (telur, susu, cream, gula).
pastikan adunan sebati.

3. panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius.
4. tuangkan adunan ke dalam acuan tadi. jangan terlalu penuh..takut melimpah ruah plak~
5. bakar adunan selama 15-20 minit.

resipi ni boleh buat dalam 28 keping tart!

selamat mencuba~


fresh from oven KFC!!! haahah

Friday, December 03, 2010

Tart Telur Portugis

hallu bloggers!!!

mahu resipi tart telur Portugis KFC?

nantikan kemunculannya!!!

p/s: ari tu dah salin resipi tu kat tempat keje, pastu simpan dalam poket.. Sekali masuk dalam washing machine.. memang hancur la kertas tu. so, terpaksa la salin balik.. hahaahah