Followers

Thursday, November 18, 2010

Pulut Lepa

hallu bloggers!

semalam eppoe dah balik kampung ayah kat pasir puteh. hari ni, eppoe balik kampung mak plak kt machang (still in kelantan). masa on the way balik sana, pemandu jalanan bawak kete macam HARAM. haduiyai..teruk betul..

setiba kat kampung, singgah umah Pak Muda. Naik-naik je nampak ketupat daun palas! oh. sedap nye! pastu eppoe meluru ke dapur lak. heheeh. Mak Muda hidang mee goreng. pastu kebetulan die tengah buat pulut lepa. Lama gile tak makan!!

ekeceli, pulut lepa ni sama je dengan pulut panggang. cuma kami kat klantan je panggil dengan nama ni. ehehee. Mak Muda bungkus pastu bakar atas dapur. Hidang panas-panas! tercapai jugak nak makan pulut lepa ni.

pastu singgah umah Wan dengan Mek plak. Tengok atas meja, ada pulak ketupat pulut dakap! REzeki! tapi ketupat dakap tu eppoe tak sempat nak snap gambar sebab nampak-nampak je terus masuk mulut! hehehe


BURGERmbira

mode: layan AMERICA's NEXT TOP MODEL SEASON 14..

tiba-tiba eppoe rasa lapar malam-malam ni.
jengah ke dapur, bukak peti ais.
ada daging burger.
cun!
apa lagi.
panaskan pan, masak daging burger.
potong tomato, bawang, salad.
taruk sos cili, sos black pepper dan mayonis.

Sedap kot.
ehhehe.
burger orang bujang. simple je.
sila la jamu mata~ \(^,^)/




Wednesday, November 17, 2010

Hati Goreng Kicap

hehehe.
sempena Hari Raya Aidiladha ni, eppoe dapat banyak daging korban. Selain daging, eppoe suke makan hati lembu. memang faveret!
musim-musim raya haji best makan daging sebab daging tu fresh je.. buat steak pon sedap.

Hati Goreng Kicap

Hati lembu potong kecil-kecil
kunyit hidup
bawang merah
bawang besar
bawang putih
cili merah
sos tiram
kicap manis
sos cili
sos tomato
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Gaul hati lembu dengan kunyit dan garam.
masakkan di atas kuali sehingga air hati kering.
masukkan minyak, bawang dan cili merah. tumis sehingga naik bau.
campurkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
goreng sehingga masak.
sedia untuk di nikmati!

Tuesday, November 16, 2010

Roti Jala

hallu~
esok nak raya aidiladha. hari ni mak eppoe buat roti jala cicah dengan kuzi ayam.
sangat sedap! tapi eppoe x berkesempatan nak berguru dengan mak untuk blajar buat kuzi ayam. kuzi ayam versi kelantan ni agak leceh sikit..pastu rempah die tak sama dengan tempat lain. uhuhhu.. petang tadi, bukan main susah lagi nak menjala roti jala tu. maklumla..bukan nye selalu buat. hahaha. macam-macam bentuk jadi! daripada jala, jadi lempeng pun ada! hiihhihi





SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA TO ALL BLOGGERS!

Orange Butter Cake

butter cake ni faveret eppoe. suke sangat makan! lagipun senang nak buat. ari tu godek2 kt google. terjumpa la satu resipi ni. senang je nak buat. sebelum ni, eppoe guna 4 biji telur untuk buat butter cake. tapi resipi yang ni guna 3 biji telur je. hehe. jimat dah!

Resipi nya:

175 gm butter
200 gm castor sugar
1 tsp orange zest
3 eggs
250 gm self raising flour

combine:
125 ml fresh milk
1 tsp orange juice
vanilla essence

method:
cream the butter and castor sugar until fluffy.
add in the orange zest and eggs.
then, add in the milk and other ingredients.
let it well combined.
lastly, add in the flour.
baked in the oven around 40-50 minutes until well cooked!



Friday, October 29, 2010

Berehat

hari raya bersama kakak & abang

assalamualaikum bloggers!
sekarang ni eppoe tengah final exam, jadi eppoe takde masa nak update blog. *busy study. heehehe.

insyaAllah, lepas final exam nanti, eppoe akan pastikan entry-entry akan datang penuh dengan resipi-resipi dan gambar-gambar makanan yang menyelerakan!

jumpa lagi!
\(^,^)/

p/s: cuti semester nanti, eppoe dapat tempahan kek dari rumah Warga Emas.
tengah fikir nak buat kek ape untuk mereka nanti. hehe.

Thursday, October 21, 2010

Tiramisu lagi




hehe.

ni kali ke tiga saya buat tiramisu.
sonok buat kek ni sebab kita x perlu bakar dalam oven..pastu nak tunggu kek masak..
leceh kan?

kek ni, just letak dalam fridge pastu tunggu kek ni set.
Sedia untuk di nikmati.

kek ni saya buat waktu raya hari tu. kawan saya, Iha order. mula-mula agak takut jugak.. ye la..kalo buat untuk makan2 biase ok la.. ni buat untuk tempahan, so kena lah buat betul-betul and make sure kek ni sedap.
ALhamdulillah.. Iha kata kek ni sedap!

*wink..*wink (^,^)

Chocolate Moist Brownies

SOo long!
dah lama x update blog ni pasal makan-makan.

ehehe.
last week, was my last class for this semester.
then, my beloved lecturer Prof.Madame Raishah treat the whole class!

Madam beli chocolate brownies untuk kitorang.
sangat sedap!
coklat melimpah ruah..pekat likat..manis..
yummy!







sangat menggoda!
p/s: cuti sem nanti, nak try buat kat rumah!