hehehe.
sempena Hari Raya Aidiladha ni, eppoe dapat banyak daging korban. Selain daging, eppoe suke makan hati lembu. memang faveret!
musim-musim raya haji best makan daging sebab daging tu fresh je.. buat steak pon sedap.
Hati Goreng Kicap
Hati lembu potong kecil-kecil
kunyit hidup
bawang merah
bawang besar
bawang putih
cili merah
sos tiram
kicap manis
sos cili
sos tomato
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Gaul hati lembu dengan kunyit dan garam.
masakkan di atas kuali sehingga air hati kering.
masukkan minyak, bawang dan cili merah. tumis sehingga naik bau.
campurkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
goreng sehingga masak.
sedia untuk di nikmati!
ada satu lagi stail masak hati.. lagi best hati ngan paru.. rebus sampai mati air... potong nipis-nipis besar satu suap mulut.. goreng kering-kering... sira ngan cili padi bawang ngan asam keping.. try.. mmg stail.. nak lagi best tambah tempe dgn tauhu nipis goreng kering2.. oh.. blog pasal makanan mmg best..
ReplyDeleteasip: macam menarik je resipi yg asip bagi tu. nanti eppoe nak try buat. paru goreng berlada pon faveret! huhuhuh. memang syiok abes!
ReplyDelete