Followers

Sunday, December 18, 2011

Pink vs Green Cupcakes~




cupcakes ini ditempah oleh kakak ipar eppoe, Kak Nurul sempena perkahwinan adik dia, Na.
heheeee.
Gambar kek ni tak cantik sangat sebab pakai kamera henpon jek.

Sunday, November 06, 2011

Apam Mekar Polka Dot~

Hallu bloggers!
semalam Cik Nani tag eppoe gambar apam polka dot die.
kebetulan semalam eppoe ngan mak buat apam mekar sempena raya aidiladha.
So, eppoe nak tunjuk la sikit kat korang semua.
designs apam ni kitorang main buat je.
plastik piping beg takde, jadi eppoe guna sudu kecik je untuk scoop ke dalam papercup tu.





untuk resipi, eppoe akan post nanti k?
selamat menonton!

Sunday, October 16, 2011

My 1st 3D Cupcakes!

Hallu bloggers!
dah lama eppoe tak balik kampung. Semalam eppoe selamat sampai ke Kota Bharu pukul 4.30am.
Balik 2 hari je sebab ada apoimen gigi.
kebetulan eppoe balik, kawan lama eppoe, Cik Fatin mintak suruh buat cupcakes.
die request bentuk helicopter siap dengan logo company WESTAR.
Mula-mula eppoe tak berani nak amik order tu, tapi bila pikir-pikir balik, baik eppoe amik.
time ni la eppoe leh tahu sejauh mana credibility eppoe dalam membuat cupcakes ni. hahahaa.
PERgh! memang mencabar nak buat figurine ni.. makan masa sehari suntuk!!
tapi memang berbaloi.
jom kita tengok hasil kerastangan eppoe!
Zaaass~
combination blue yellow

mr.helicopter!




Logo Westar~

my 1st Engagement Cake

hallu bloggers!
lama tak update blog kan?

Alhamdulillah.. murah rezeki sejak eppoe keje kat Ipoh ni.
Officemate Eppoe, Faizi namanya, bakal bertunang. jadi die dengan BERANI order fondant kek dengan eppoe.

Tema: PURPLE~



Tada!!!
ok tak?
disebabkan die ni baik dengan eppoe, jadi eppoe bagi SPECIAL PRICE untuk die.
ngeheee..

p/s: sape-sape yang nak SPECIAL PRICE tu, kena la berbaik2 dengan eppoe ye! =P

Monday, September 12, 2011

BANANA MUFFINS~

 hallu bloggers~
penyelia eppoe ni tokey pisang.
last week, dia bagi sekilo pisang suh eppoe buat kek pisang.
ni first time buat kek pisang, Alhamdulillah, nasib baik menjadi. kehkehkehkeh.
resipi ni eppoe amik dari kawan eppoe, ika.

senang, sedap dan mudah!

600gm pisang apa2...
550gm - brown sugar
100gm-castor sugar
375g - soft flour
5nos - eggs
10g - soda bicarbonate
300ml - heavy cream
125ml - corn oil

method:
1. beat banana n sugar until light n smooth
2. add in egg
3. add in cream..
4. add in flour+ soda bicar ckit2..
5. lastly add in oil....
bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit~

Sunday, September 11, 2011

Tempahan musim orang Kawen

Hallu Bloggers!
belum terlambat lagi untuk eppoe nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri!
korang semua dah abes puasa 6 ke?
eppoe belum start lagi.
uhuhuhuh.
InsyaAllah minggu depan baru nak mula puasa.
Sepanjang musim raya 2 minggu lepas, eppoe busy sangat.
bukan busy untuk sambut raya, tapi busy dengan wedding abang eppoe + tempahan kek kawin.
ni first time eppoe amik tempahan kek kawin. mula-mula macam takut gak, tapi eppoe beranikan diri.
huahauahua.
eppoe amik tempahan ni pon sbab kawan eppoe + abang eppoe yang kawen.
meh tengok beberapa kek yang eppoe buat.
p/s: lama tak prektis buat fondant, buruk sket. hehe
wedding cake untuk Naziha

cupcakes hantaran untuk my brother

wedding cake untuk abang Naziha

cupcakes hantaran untuk Ain




tengs kepada smua yang sudi order dari eppoe.
insyaAllah eppoe akan cuba perbaiki skill buat fondant nih.
hohohoho.
=)

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum bloggers!
di sini eppoe ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!

Puasa jangan tak puasa ye?
 hehehehe

Saturday, July 23, 2011

AWARD from Sis~

huhuuhhu.
dah lama tak dapat award ni.
ni my sis yang bagi..
sape-sape yang rajin boleh la jenguk ke blog dia ---> Sis Nani
dia ni rajin masak gak..hari-hari mesti ada post pasal makanan.

P/s: bertuah la sape yang kawen dengan dia. hari-hari leh makan sedap-sedap! hahahaha

Sunday, July 17, 2011

Kelas cupcakes Suke-suke

hallu Bloggers!
weekend ni macam bese la duk umah rehat-rehat..
pastu kakak ofis, Kak Nana nak blajar buat cupcakes.
jadi, dia pon datang la ngan Cik Biey.
best pulak main conteng-conteng cupcakes.
ni first time buat kelas cupcakes.
hahahaaha
sib bek la 2 orang je students.
kalo ramai-ramai susah plak nak handle.




macam-macam corak ade!

Tuesday, July 12, 2011

Upin Ipin Blueberry Cheesecake~

hallu bloggers!
lama betul eppoe tak update blog.
maklumlah..busy sikit..baru dapat keje baru kat Jabatan Perangkaan Ipoh.
Hari ni, 12 Julai 2011, hari lahir anak buah eppoe, Akif Zikri.
jadi hari ni eppoe pon buat la kek besday spesel untuk die.

p/s: ni first time eppoe buat blueberry cheesecake.
Alhamdulillah..menjadi jugak~
final touch, eppoe letak gambar Upin Ipin, kartun kegemaran Akif.
huuhuhu


Padat dengan cheese

Geng Upin Ipin!

Saturday, June 25, 2011

Double Choc Moist Cake

Hallu bloggers!
Kek Coklat ni diOrder oleh kawan abang eppoe, Laily Rosli. Sebiji kek ni eppoe jual RM30.
Eppoe buat simple-simple je.
Eppoe potong kek ni kepada dua bahagian. letak ganache filling kat tengah.
then, eppoe salut seluruh kek ni dengan ganache lagi.
bila dah pekat sikit, eppoe curahkan coklat masakan.


Final touch eppoe tabur manik warna-warni~
p/s: eppoe tak sempat nak snap kek yang dah siap deco. kawan eppoe datang awal amik kek. eheh

Monday, June 20, 2011

Chocolate Mud Cake

hallu bloggers!
korang sambut tak Hari Bapa dengan bapa korang?
Eppoe tak sambut pon.
tapi sempena dengan Father's Day ni, Eppoe nak kongsi satu resipi kek yang sangat mudah.
Asalnya ni kek Coklat Moist. Tapi Eppoe ubah jadi Chocolate Mud sebab kali ni Eppoe buat topping menggunakan Ganache.
jom kita tengok bahan-bahan kek ni.

Bahan-bahan:
(A)
250 gm serbuk koko
125 ml air
125 ml susu cair/segar
150 gm gula

(B)
350gm gula
250 gm butter
250 gm Tepung gandum
2 sudu teh baking powder
6 biji telur.

Ganache
250 ml heavy cream
500gm cooking chocolate
30gm butter

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan A di dalam periuk dengan api yang perlahan.
  2. kacau sehingga larut, kemudian sejukkan.
  3. Untuk bahan B, pukul gula dengan butter sehingga kembang (creaming method)
  4. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
  5. tepung gandum di ayak bersama dengan baking powder.
  6. Selepas itu, masukkan adunan bahan A ke dalam bahan B.
  7. kacau sehingga sebati. seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  8. bakar di dalam oven sehingga masak.


Ganache:
panaskan heavy cream di dalam periuk.
pabila mendidih, cepat-cepat masukkan coklat dan butter.
kacau sehingga coklat cair.
biarkan adunan sejuk..
p/s: bila ganache ni sejuk, kita boleh paip kat atas kek..mcm aising.




Selamat Mencuba!

Sunday, June 19, 2011

Spaghetti Tom Yam

Hallu bloggers~
tadi makan malam dengan apa?
hari ni eppoe lapar gile.
sehari suntuk tak makan.
lepas je kemas umah, eppoe menyelinap ke dapur.
tengok dalam kabinet ada spaghetti. bukak peti ais, ada udang ngan ayam, sayur campur.
Cun.

Hari ni kita buat spaghetti goreng tom yam ala-ala bujang!
bahan-bahan dia senang saja.

Bahan-bahan:
Spaghetti (direbus)
Daging ayam, udang.
Bawang merah 2-3 ulas
Bawang putih 2-3 ulas
cili padi (nak pedas, letak banyak sikit)
Serai 2 batang
daun limau purut
Pes tomyam
Garam dan perasa.


  1. mula sekali, tumbuk bawang putih dengan bawang merah.
  2. serai dan daun limau purut dihiris halus.
  3. panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau.
  4. masukkan serai,cili padi dan daun limau purut.
  5. campakkan ayam dan udang.
  6. letakkan garam dan pes tomyam.
  7. gaul rata.
  8. masukkan spaghetti dan sayur campur.
  9. kacau sehingga sekata.
  10. sedia untuk dihidang!


Tadddaaa!!! Sangat sedap makan panas2!

Saturday, June 18, 2011

Friday, June 17, 2011

Pudding Pelangi~

Hallu Bloggers!
Hari ni makan ape?
hehehe.
Ni first time Eppoe buat pudding ni.
kalo ikut resipi asal, pudding ni dipanggil Pudding Tembikai.
tapi Eppoe dah ubah sikit ikut kesesuaian.


PUDING TEMBIKAI
sumber :
Ika & Nieza
sumber :
K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)
1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam
sedikit pewarna hijau /merah
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.
P/s: Eppoe buat pudding layer.. warna biru, hijau,pink dan oren.
Ok. mula-mula Eppoe memang follow recipe ni sebijik-sebijik.
bila dah siap, pudding ni Manis giler..memang tak boleh nak makan. 
last-last, Eppoe masak balik pudding tu.. then campur air + agar-agar kering. Sebab nak cepat, Eppoe campur je semua warna pudding tu.. jadi Marble..

Tadaaaa! ini lah hasilnya!


barulah sedap nak makan!

Wednesday, June 15, 2011

Pengat Pisang di Tengahari

Hallu bloggers~
Tengahari tadi makan nasi lauk ape?
Eppoe makan nasi bungkus pagi waktu tengahari.. ala-ala BRUNCH.
psstt: padahal bangun lambat. huhuuhuh

lebih kurang pukul 1.00pm, mak cakap nak buat pengat pisang. ada jiran sebelah bagi pisang..
mula-mula mak Eppoe masak santan dengan pisang tu.
pastu dia masukkan sekeping GULA MELAKA yang sangat BESAR.
ape lagi, TERLEBIH manis la pengat tu.
jadi, Eppoe keluarkan dulu pisang tu sebab takut terlebih masak dalam periuk tu, nanti jadi lembik plak.
campurkan santan dan air..
pada masa yang sama, Eppoe rebus sagu.. pastu campur sekali dalam pengat.


P/s: eppoe sangat suka letak sagu dalam pengat. nampak cantik!

Monday, June 13, 2011

Apam Polka Dot

Hallu Bloggers!
lama x update blog ni yang penuh dengan sesawang.
semalam eppoe google cari resipi apam.. last-last jumpa la resipi yang paling senang nak buat..

Bahan-bahan:
3 biji telur
280 gm tepung
200 gm gula
3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh ovalette
150 ml susu cair

Cara-cara:

  1. Pukul telur dengan gula sehingga hancur.
  2. campurkan kesemua bahan-bahan yang lain.
  3. adunkan sehingga kembang.
  4. masukkan ke dalam papercup. (eppoe guna piping bag)
  5. kukus selama 10-15 minit.
  6. sedia untuk di makan!!!

SMILE!

Monday, June 06, 2011

Kuih Koci daun pandan~

hallu bloggers! lama dah tak update blog ni.
sekarang ni eppoe tengah sibuk jaga anak buah kat rumah kakak.
tangan ni dah lama tak buat kekk dan kuih..
hari ini dengan rajin nya terasa nak buat kuih koci.
tapi takde daun pisang.. pegi depan umah, nampak pokok pandan.
ehehe.
dapat idea..balut kuih koci dengan daun pandan..
hasilnya?
Memuaskan!
acuan kuih tako.. heehe

inti kacang hijau yang sudah dimasak dengan gula

tepung pulut, santan, sdkit garam, pewarna

letak inti kat dalam, gentel bulat2

sedia untuk dikukus!

over eksaited..api kuat sangat, ni la padahnya! hahaa

yang ni baru CUN!