Followers

Saturday, May 21, 2011

Cake Fondant~

hallu bloggers!
last week eppoe dengan auntie eppoe pegi class belajar buat Cake Fondant bersama Chef Asmah. SAngat best dan seronok!!! dalam kelas tu ada 7 orang pelajar sahaja. dan Chef Asmah sangat baik dan peramah. sepanjang sesi kelas tu, banyak info dan input eppoe dapat!









with Chef Asmah and candidates!

Wednesday, May 11, 2011

Karipap Baiduri

hallu bloggers!
dah lama eppoe tak update blog ni.
agak busy dengan final exam.
hari tu, eppoe dan kawan-kawan serumah buat karipap sebagai minum petang.
resipi?
kitorang main letak je..sampai la jadi bentuk karipap.
heehhe

inti daging dengan kentang

uli bulat-bulat

roll atas dulang (gaya orang bujang)

masukkan inti dalam doh

kepit guna acuan

lepas kepit, kelim guna jari supaya doh x terbuka



goreng sehingga masak

sedia untuk dihidang sebagai minum petang!

Friday, December 17, 2010

kuih lapis dari perantauan

hallu bloggers!
lama dah tak update blog ni.
sekarang eppoe tengah cuti 5 hari!
yeay!

alang-alang cuti, tangan eppoe ni gatal nak masak.
setiba di rumah semalam, eppoe buat kuih lapis untuk anak buah eppoe.
senang je resipi ni.

bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (eppoe kurangkan sikit sebab tak nak manis sangat)
  • 1 sudu teh garam
  • secawan santan pekat
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 3 cawan air 
cara-cara:
campurkan kesemua bahan sehingga sebati.
bahagikan kepada 4 bahagian.
campurkan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan putih.
panaskan periuk pengukus.
oleskan sedikit minyak di dalam loyang.
paanskan loyang seketika di dalam pengukus.
kemudian, ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalam loyang.
biarkan selama 2-3 minit.
ulang sehingga habis.

inilah hasilnya!!!
mak cakap, kuih ni lembik! huhuhu

kuih lapis ni lembik cikit.. uhhuhuh

Saturday, December 04, 2010

Recipe Egg Tart KFC~

hallu blogger!

seperti yang telah dijanjikan~ ini dia resipi egg tart portugis yang KFC jual tu..
sangat mudah dan senang! orang bujang pon boleh buat tau!

bahan-bahan:

eggs 220ml
fresh milk 200ml
heavy cream 500ml
sugar 160gm
Frozen puff pasty (untuk shell case tart)

1. mula-mula, kita sediakan shell case untuk tart tu.. Biasa nya frozen puff pastry ni memang ada jual kat pasaraya yang TERKEMUKA seperti TESCO, GIANT, CARREOUR dan sebagainya. Uli puff pastry tu sehingga leper, kemudian tekap menggunakan acuan egg tart..

contoh egg tart case

2. Campurkan kesemua bahan-bahan (telur, susu, cream, gula).
pastikan adunan sebati.

3. panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius.
4. tuangkan adunan ke dalam acuan tadi. jangan terlalu penuh..takut melimpah ruah plak~
5. bakar adunan selama 15-20 minit.

resipi ni boleh buat dalam 28 keping tart!

selamat mencuba~


fresh from oven KFC!!! haahah

Friday, December 03, 2010

Tart Telur Portugis

hallu bloggers!!!

mahu resipi tart telur Portugis KFC?

nantikan kemunculannya!!!

p/s: ari tu dah salin resipi tu kat tempat keje, pastu simpan dalam poket.. Sekali masuk dalam washing machine.. memang hancur la kertas tu. so, terpaksa la salin balik.. hahaahah


Sunday, November 21, 2010

Tiramisu for my Brother's Engagement

hallu bloggers!

eppoe busy giler 2-3 hari.
maklumlah..abang eppoe nak bertunang..banyak la keje nak kene siapkan.

Mula-mula eppoe ingat nak buat cupcakes, pastu mak eppoe suh buah Tiramisu plak.
so, eppoe ikut je la.

TAdaa!!
Tiramisu..su..su...



Friday, November 19, 2010

Cheesecake lagi dan lagi

hallu bloggers!
hari ni dengan rajin nya eppoe buat ciskek.
ciskek ni siap pukul 11.30pm tadi.
PANAS LAGII!

tujuan?
bukan suka-suka, tapi sebab ayah din dan family nak datang esok, jadi apa salahnya kalau eppoe hidang kek ni. ye dak?

hari tu, eppoe penah buat ciskek kat umah ayah din, tapi x menjadi! Malu giler. huhuh. tatau kenapa. resipi dah sama.. maybe sebab oven lain kot..

ni antara gambar yang eppoe sempat amik tadi.


bahan-bahan.. comel x lembu tu? hahaha


biskut oreo sebagai based









dah kene ngap~

Thursday, November 18, 2010

Ketupat Pulut Dakap

baru teringat. entry sebelum ni eppoe ada cite pasal ketupat pulut dakap kan?
stelah godek-godek photo dalam laptop ni, akhirnya jumpe jugak.

gambar ketupat ni diambil waktu raya aidilfitri yang lepas.
kepada asip , ni la ketupat tu!!





pulut yang tengah "BERDAKAP" dengan tali..huuhhuh