Followers

Thursday, August 22, 2013

Red Velvet Cake Love Love

Assalamualaikum friends!!
So longgg tak update blog. Anyway dikesempatan ini, sempat lagi kot untuk eppoe ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
P/s: Korang dah start puasa 6 ke? Eppoe belom lagi. Heheheee
Okay. As usual, tak nak bebel panjang-panjang. Hari Raya ke-2 hari tu ada kawan eppoe order Red Velvet Cake for her brother's wedding.
Then, she gave me the sample of the cake. If possible, dia nak eppoe tiru sebijik macam gambar tu.
Yang sedihnya, eppoe takde mould bentuk LOVE. So eppoe terpaksa bakar dalam loyang segi empat dulu, then baru bentukkan kek tu jadi bentuk LOVE.
I've tried my best. So, jom kita tengok hasil kek tersebut!
What do you think guys? =P



Friday, January 25, 2013

Collaboration With Alin and Aishah

Hallu guys!
it's been a while tak update blog since keje kat office yang berlambak-lambak. (~,~')

So, I just nak share few pictures of cake yang kami buat together-gether specially made for our classmate (Ain & Ejat) during their wedding on 6th December 2012.

Chocolate Moist Cuppies before letak frosting

THE CAKES!

The Chefs behind the scene~






See ya!

Wednesday, October 24, 2012

Hasil Kerja Pelajarku~

Selamat Pagi Bloggers!!!

Sudah sebulan lebih Eppoe berada di PMKL. So far, environment memang okay.

Kami telah menganjurkan Program Keusahawanan peringkat Politeknik dan semasa program itu berlangsung, Eppoe kena handle students Semester 1 dan ajar diorang cara buat cupcakes, home made chocolates dan juga choux paste a.k.a cream puff.

Walaupun dalam kitchen tu ada dalam 6 orang pelajar, agak susah jugak la nak handle diorang ni. al maklumlah,,1st time masuk kitchen. haahaha. tapi takpe, walaupun mereka baru masuk tapi semangat diorang nak belajar tu memang kita nampak BERKOBAR-KOBAR.


1st task --> Cupcakes BERJAYA!

2nd Task ---> home Made Chocolates

Chocolate Brownies ---> Berjaya!

3rd Task ---> Choux Paste!
Well done to my students!
Sangat berbangga dengan u'olls semua!






Thursday, July 19, 2012

Tart Nenas Gulung Ala-ala Ombak Rindu

Ni second biskut raya yang bakal dijual. Glemer tak nama? hahhaha
Alhamdulillah.
Tempahan semakin mendapat sambutan di Kelantan, Ipoh, Melaka dan KL.
Untuk setiap adunan, Eppoe dapat menyiapkan dalam 70-80 pieces.
Satu balang penuh dapat 56 bijik.
Jenuh jugak la nak buat biskut ni sebab nak kena gentel inti dulu..pastu nak menggulung lagi.
Tapi takpe.
Bisnes punye pasal.. ape ade hal. heeee





Monday, July 16, 2012

Sampel Biskut Raya Gojes~

Haluu bloggers!!

Pose dah nak dekat kan?
Lepas pose kite raye kan?

hehe.

Tahun ni rasa gatai tangan nak buat bisnes biskut raye..
Jom la usha padat sikit biskut-biskut yang bakal dijual nanti.




nama biskut ni--> Biskut Arab ala-ala Seputih Salju.

Thursday, July 05, 2012

Two-Tier Mini Fondant Cake Ala-Ala Kilauan Emas

Hah~
Nama kek Kena Glemer baru la orang terpegun.
Ye dak?

Entry sebelum ni Eppoe buat cupcakes untuk Hantaran Aisyah.
Kali ini kek Kilauan Emas ni untuk pihak pengantin lelaki pulak, Syahidan.

Kalo kita ZOOM, kek ni takde la nampak 'EMAS' sangat sebab coloring yang kurang memuaskan.
Oleh itu, Eppoe pon sapu la serbuk dust silver untuk bagi kek ni nampak shining sikit.

Jom Kita USHA PADAT~





Pink Cupcakes Ala-Ala Birds of Paradise~

Nama kek glemer habis!
HAHAHAHA.

Alhamdulillah.
Rezeki bulan Julai.
3 hari 3 Malam eppoe menghadap buat bunga-bunga, figurines semua ni.
Nak patah jugak la jari-jemari Runcing ai ni.
Ahaks.

Kek ni dibuat khas untuk kawan Eppoe, InsyaAllah 6 Julai dia akan mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis idamannya, Aisyah.

Aisyah yang request kek ni sebenarnya. Tema dia kaler pink-pink.
eh. Malas nak bebel panjang.
Jom kite USHA PADAT~





~Selamat PEngantin Baru buat Syahidan & Aisyah~

Thursday, June 28, 2012

My 1st Rainbow Cake

Hallu bloggers!
Alhamdulillah.
Tiba-tiba dapat tempahan untuk buat Rainbow Cake dari kawan lama eppoe, Mimi.
Mula-mula macam tak yakin nak amik tempahan sebab Eppoe TAK PERNAH buat kek ni. >.<
Tapi disebabkan kawan nak jugak sempena birthday mak dia, so Eppoe terima je la.
Resipi kek ni ada banyak kat Internet.
Macam-macam version kita boleh jumpa.
tapi Eppoe try amik yang senang dan mudah nak buat.
Kalo korang nak try, boleh tengok kat blog ---> Cik Wanie
Ada sikit resipi ni Eppoe ubah sikit. Eg: kuantiti gula. Eppoe kurangkan kepada 1 cawan saja sebab takut terlalu manis.

Untuk filling, Eppoe guna Cream Cheese Filling.
Sama macam nak buat kek Red Velvet je.
Deco plak, lepas layer ngan cream cheese, eppoe cover kek ni guna Fresh Cream.
Then hias dengan Fondant.
Senang dan mudah!

Oh ya!
Yang tak boleh blah nye,masa nak bakar, Eppoe baru perasan kat umah ni ada satu je loyang saiz 7 inci.
Memang "MASAK" laa nak bakar kek ni 6 kali!
GIGIH SANGAT!
haahahaha
Nasib baik setiap adunan ambik masa dalam 15 minit je.

Papepun, Tengs to Mimi kerana memberi sepenuh kepercayaan kat Eppoe.
Jom kita Usha PADAT skettt tengok gambar kek eppoe~


setiap layer dilapisi dengan Cream Cheese

Pandangan Atas

Pandangan Sisi

ENjoy your Cake!