Followers

Thursday, June 28, 2012

My 1st Rainbow Cake

Hallu bloggers!
Alhamdulillah.
Tiba-tiba dapat tempahan untuk buat Rainbow Cake dari kawan lama eppoe, Mimi.
Mula-mula macam tak yakin nak amik tempahan sebab Eppoe TAK PERNAH buat kek ni. >.<
Tapi disebabkan kawan nak jugak sempena birthday mak dia, so Eppoe terima je la.
Resipi kek ni ada banyak kat Internet.
Macam-macam version kita boleh jumpa.
tapi Eppoe try amik yang senang dan mudah nak buat.
Kalo korang nak try, boleh tengok kat blog ---> Cik Wanie
Ada sikit resipi ni Eppoe ubah sikit. Eg: kuantiti gula. Eppoe kurangkan kepada 1 cawan saja sebab takut terlalu manis.

Untuk filling, Eppoe guna Cream Cheese Filling.
Sama macam nak buat kek Red Velvet je.
Deco plak, lepas layer ngan cream cheese, eppoe cover kek ni guna Fresh Cream.
Then hias dengan Fondant.
Senang dan mudah!

Oh ya!
Yang tak boleh blah nye,masa nak bakar, Eppoe baru perasan kat umah ni ada satu je loyang saiz 7 inci.
Memang "MASAK" laa nak bakar kek ni 6 kali!
GIGIH SANGAT!
haahahaha
Nasib baik setiap adunan ambik masa dalam 15 minit je.

Papepun, Tengs to Mimi kerana memberi sepenuh kepercayaan kat Eppoe.
Jom kita Usha PADAT skettt tengok gambar kek eppoe~


setiap layer dilapisi dengan Cream Cheese

Pandangan Atas

Pandangan Sisi

ENjoy your Cake!

Monday, June 25, 2012

Percubaan Pertama Membuat Tart Nenas Gulung!

 Hallu bloggers!
Kita ada lebih kurang 30 hari lagi sebelum bulan Ramadhan menjelang.
*puasa ganti tak abes lagi! BERTUAH*
hahahaha
Biasenye, before bulan puasa ni la orang duk sibuk buat tester untuk biskut-biskut raya.

Sejujurnya, Eppoe "kureng" sikit nak buat biskut raya ni.
LECEH. =P
sebab biskut ni kecik, pastu take time nak siapkan semua. *malas nak tunggu*
Tapi hari ni GIGIH plak buat Tart NEnas Gulung.. My Feveret!
Alhamdulillah. Percubaan Pertama MENJADI!
YEAY!

Jom kita tengok gambar biskut Eppoe!

Ni kita terap guna acuan semperit..

kita letak inti nenas tu kat tengah2. Jangan besar sangat, nanti x muat nak gulung.

jom kita menggulung!

TADA! siappp sudeh!

Susun atas loyang cantik-cantik, pastu sapu telur kuning kat atas~ (Eppoe guna tudung periuk je) heeee

Bakar dalam oven lebih kurang 30 minit dengan suhu 180 C.

Amacam? Agak-agak kalau jual untuk Hari Raya ade orang beli tak?
heeee ;-)
Well Done Hafa!

Nak resipi?
Tunggu next entry ye!

Thursday, June 07, 2012

My 1st Red Velvet Cake

hallu guys!
it's been a while kan x update blog ni. hehee
Semalam birthday ayah eppoe. Konon nak buat la kek untuk ayah semalam tapi berebut dapur ngan mak. Die nak buat apam. huhu
Last-last eppoe tido je malam tu, tak jadi nak buat. kekekeke
Pagi ni bangun tido, terus buat kek ni dengan pertolongan my sister, Nani.
Ni 1st time buat, so agak comot la sikit. hehehe.
Tak kisah la kan. Janji sedappp!
huahuHuahua.
Jom Cuci Mata!






posted from Bloggeroid

Saturday, May 26, 2012

Apam Polka Dot dotttt with Chocx Filling!





Hallu bloggers!
Lama betul tak buat apam.
Sekarang ni Eppoe tengah menganggur, so alang2 kat umah tu ade la eppoe amik tempahan sikit. Hehehe
Ni eppoe buat sempena wedding kawan eppoe. Dia nak buat gift tapi xde la banyak sangat pun.. Dalam 350++ gitu je.
Malas nak bebel banyak-banyak.
Eppoe nak sambung buat kek fondant pulak!
Ciaoooow!

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 09, 2012

Sejenak di Pasar Siti Khadijah

Hallu bloggers!

Last 2 weeks Eppoe balik Kelantan sebab ada appoiment gigi.
Alang-alang balik Kelantan, Eppoe pon pegi la Pasar Siti Khadijah sebab nak beli makanan sikit.
Adeh.
Rambang mata tengok kuih muih kat sana!
Sedap dan Murah!
Rasa macam nak borong semua.
*nafsu makan*
Kuih kat sana semua 4- RM1. Giler murah kan??
Kalo kat KL, mane nak dapat harga ni?
Kalau murah pun, belum tentu sedap. ekekeekekeke.

Jom jamu mata sikit!

antara kuih-muih yang dijual di pasar

Faveret Eppoe - Buah Tanjung. Time puasa memang laku kuih ni!

Ni pulak, Nasi Tumpang~

Ni pulak namanya ETOK. Sedappp! Tapi Eppoe dah lama tak makan sejak  pakai braces. huhuhuhu

Sape tau nama ubi ni? Kalo orang kelantan, kitorang panggil ni Ubi Keling.

Apam Mekar untuk MY Housemate



TQ Rose sebab sudi order apam mekar 200 pieces dari Eppoe!

Black Forest Cake


Hai Bloggers!
Lama tak update kan?

Kek ni sebenarnya dah lama buat tapi tak sempat nak upload.
hehee.

Kawan sekolah Eppoe, Cik Fatin yang order khas untuk boyfren die sempena Anniversary diorang yang ke entah ke berapa Eppoe pon tak pasti. hehe

Hopefully Cik Fatin dan Boyfie suke kek ni!


Monday, February 06, 2012

Another Portuguese Egg Tart!


Hey bloggers!
cuti yang agak panjang kan?
hurm.. Eppoe sekarang sedang bercuti di Rawang.
Ramai adik beradik berkumpul kat sini.
Singgah Jaya Grocer beli Instant Puff Pastry.
So, balik rumah terus buat egg Tart!
Resipi asal guna 500ml heavy cream.
tapi disebabkan ada 250ml je kat umah, eppoe letak je..
lepas tu, aluminium foil x cukup, jadi eppoe guna muffin pan.
hasil die lagi cantik!
jom kita cuci mata~